Followers

iklan iklan iklan!!!

leve your blog here

Friday, April 15, 2011

guru pukul murid sampai mati



HANIF dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kangar, semalam.
KANGAR: Guru agama, Hanif Mohd Ali, 26, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di asrama putra Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi dekat sini, pada 31 Mac lalu.

Hanif yang juga warden asrama dituduh melakukan perbuatan itu dalam bilik warden asrama putra sekolah agama milik persendirian berkenaan antara jam 6 petang dan 12 tengah malam.

haiss zaman skg ni macam2 boleh jadikan...so kepada semua rakyat Malaysia sentiiasalah berhati2 bahaya ada dimana mana....

Thursday, April 14, 2011

kemalangan maut di terengganu..


BESUT - Kereta Viva yang dinaiki lima pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Bachok, Kelantan setelah bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 3 Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gerai, Bukit Kenak kira-kira jam 6.00 pagi tadi menyebabkan tiga daripada lima pelajar berkenaan terbunuh.

Monday, April 4, 2011

11 tip menghindari marah...

11 Tips Menghindari Marah

MARAH

Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk?

Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah...

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.