Followers

iklan iklan iklan!!!

leve your blog here

Friday, August 19, 2011

perbualan bayi kembar...

mcm membincangkan masalah dunia je....ce tgk video ni..hahha...
die berdua je yg paham bahasa ni xde org lain paham dah....tgklah n pahami dunia kanak2 hehehe

Tuesday, August 16, 2011

Eksklusif : Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan Wonderland.

Jelas terpancar gembira di wajah kedua-dua bakal pengantin, Nabil Raja Lawak, 28 & Nazira Ayub, 23 ketika menceritakan kepada OHBULAN! mengenai persiapan perkahwinan mereka di kedai Kad Lestari, Seksyen 2, Shah Alam, tengah hari tadi. Mengikut perancangan, Nabil & Zira akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.
Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang. Pada masa yang sama, Nabil sempat berkongsikan perasaannya yang akan bergelar seorang suami dalam masa 6 minggu lagi kepada OHBULAN!
“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.
Nabil turut menceritakan saat perkenalannya bersama gadis cantik ini yang pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta.
“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.
“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri sebuah kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.
Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000.
“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.
“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.
“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.
Nabil turut menyatakan bahawa dia akan menjemput Irma Hasmie, bekas kekasih ke majlis perkahwinannya nanti.
“Saya memang akan menjemput dia. Lagi pun hubungannya bersama mak saya memang baik. Baru-baru ini pun, saya & dia berlakon untuk drama berjudul Kuih Goyang Syafiq. Apa yang terjadi antara saya & dia merupakan perkara lama. Kami memang sudah berbaik-baik. Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri,” kata Nabil mengakhiri temubual bersama OHBULAN!


akibat mercun bola!!

CEDERA...Al Muhammad Fakrul Aiman   dirawat di HUSM.
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sempat berlari sejauh kira-kira 50 meter sambil menahan kesakitan selepas mukanya melecur manakala kedua-dua tangannya cedera akibat bermain mercun bola di Kampung Jeruk, Besut, Terengganu, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Al Muhammad Fakrul Aiman Al Mohd Faizal bermain mercun bola seorang diri selepas membelinya menggunakan wang lebihan membeli kuih untuk juadah berbuka puasa.

Mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini, sejak jam 8 malam kelmarin.


Bapa mangsa, Al Mohd Faizal Mat Razi, 32, berkata, sebelum kejadian anak sulung daripada tiga beradik itu baru selesai membeli kuih yang dipesan ibunya, Yanti Narawi, 30, kira-kira jam 5 petang.

“Selepas membeli kuih dia keluar dari rumah dan tak sangka rupa-rupanya bermain mercun bola di padang bola yang jaraknya kira-kira 50 meter dari rumah kami.


“Ketika itu saya berada di sawah sebelum isteri datang memberitahu anak kami cedera akibat terkena mercun bola. Saya menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Jeruk dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Jerteh, Terengganu.



“Anak saya kemudian dirujuk ke HUSM kira-kira jam 8 malam semalam (kelmarin) untuk rawatan lanjut kerana mukanya melecur teruk, selain turut diberi alat bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di wad HUSM, semalam.

Menurut Al Mohd Faizal, sebelum ini dia pernah melarang anaknya bermain mercun kerana ia boleh mengundang padah.


Bagaimanapun, katanya, anaknya secara senyap-senyap membeli mercun bola menggunakan wang baki membeli kuih untuk juadah berbuka.

“Dia bermain mercun seorang diri, sebelum berlari pulang ke rumah dalam keadaan kesakitan selepas melecur di muka dan cedera di tangan kanan dan kiri akibat terkena mercun bola,” katanya.


Difahamkan, kejadian menimpa Al Muhammad Fakrul Aiman itu kes kecederaan akibat bermain mercun pertama dilaporkan di Terengganu sejak bermula Ramadan 1 Ogos lalu.


Di Kelantan, sehingga kini, lima kes cedera akibat bermain mercun direkodkan dalam tempoh tidak sampai seminggu bermula 4 Ogos lalu.


Antaranya, seorang remaja, Nasrudin Mohd Nazli, 19, hilang tiga jari tangan kirinya dan cedera di muka selepas mercun bola yang dinyalakan ketika membonceng motosikal meletup di tangan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini.



yusry n lisa nak kawin ker???

SEPADAN...Yusry dan Lisa sibuk dengan kerjaya.
KUALA LUMPUR: Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.
Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand.

Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.


Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.

Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.


Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.

Monday, August 15, 2011

Kes penemuan mayat dikerat



  •  10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat.



  •  30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh.



  •  26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput.



  •  3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh.



  •  22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub.



  •  8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.

  • 'Aku nak mati cepat, senang masuk syurga...'

    Afifi Nazri (klri) dan Maisarah Nazri
    Dua beradik terbunuh nahas kereta bertembung MPV 

    BATU PAHAT: "Aku nak mati cepat, nanti senang nak masuk syurga," demikian antara luahan pelajar Tahun Tiga, Maisarah Nazri, 9, kepada sepupunya beberapa hari sebelum maut dalam kemalangan di kilometer 145 Jalan Parit Guntong-Semerah, dekat sini, semalam.

    Tragedi kira-kira jam 8.30 pagi menjelang dua minggu sebelum Aidilfitri itu turut meragut nyawa abang keempat, Afifi Nazri, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat.
    Ibu mangsa, Aisyah Othman, 47, berkata anak bongsu daripada enam beradik berkenaan sebelum itu memberitahunya mahu pergi dulu sebelum beliau dan ingin mendapat tempat di syurga. 

    “Arwah kerap kali mengatakan mengenai keinginan mahu mati cepat pada usia muda, sehingga saya beberapa kali memarahinya supaya tidak bercakap perkara bukan-bukan. 

    “Namun, Allah Maha Kaya dan saya tidak menyangka Maisarah akan meninggalkan kami sekeluarga dalam keadaan begini, apatah lagi dengan Aidilfitri yang akan menjelang tiba dua minggu lagi. 

    “Saya sedih dan terkilan kerana Maisarah tidak sempat memakai baju raya yang dimintanya, apatah lagi kami baru belikan untuknya beberapa hari lalu... masih terngiang-ngiang lagi suara Maisarah yang mahukan baju raya yang cantik serta mahal untuk dipakai Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Nibong, Semerah. 
    Dalam kejadian itu, kereta kancil dipandu Afifi bersama Maisarah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika dalam perjalanan ke pusat tuisyen. 

    Wanita yang memandu pacuan empat roda berkenaan turut cedera patah tulang rusuk dan kini dirawat di Hospital Batu Pahat. 

    Aisyah berkata, anak keempatnya, Afifi turut menunjukkan perubahan apabila bertukar menjadi agak pendiam dan selalu memencilkan diri. 

    “Naluri saya menyatakan ada perkara yang tidak baik mungkin akan berlaku kepada keluarga saya dan ia ternyata benar,” katanya. 

    Sementara itu, bapa mangsa, Nazri Mohd Basri, 47, berkata dia dimaklumkan kemalangan menimpa dua anaknya itu menerusi seorang rakan dan bergegas ke lokasi kejadian serta sebak melihat kenderaan dinaiki anaknya remuk. 

    “Kebiasaannya anak sulung saya berusia 22 tahun yang menghantar Maisarah ke pusat tuisyen. Maisarah sudah terlambat untuk ke pusat tuisyen semalam sebelum mengejutkan Afifi untuk menghantarnya. Kami sekeluarga redha dengan ketentuan takdir Ilahi,” katanya. 

    Mayat kedua-dua mangsa dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong kira-kira jam 6.30 petang. 

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 8.25 pagi sebelum polis ke ditugaskan ke lokasi kejadian. 

    Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa (Afifi) jenis Perodua Kancil arah Semerah-Batu Pahat dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV terbabit. 

    Berikutan kemalangan itu, katanya, kedua-dua mangsa dalam kereta Kancil cedera parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia. 

    “Pemandu serta penumpang MPV pula cedera ringan dengan seorang dipercayai patah tulang rusuk dan kini menerima rawatan di Hospital Batu Pahat,” katanya menjelaskan kes masih dalam siasatan. 

    " Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "

    sila-sila datang sape2 yg nak meningkatkan lg follower yg masih lower tu heheheh jomlah join segmen ni...manelah thu terus melonjak2 naik folower mcm pisang goreng hehehe

    Nama : Siti Fatimah
    Hobi : Berblogging, berjalan-jalan

    xtahulah nak tag sape tp pada yg nak join bg comen nnt saya tag ye

    akhirnya pembunuh bapa ditangkap


    KUALA NERANG: Selepas lebih 48 jam menyembunyikan diri, suspek yang menetak bapa kandungnya hingga mati dengan parang ditahan ketika asyik menonton televisyen di rumah keluarganya di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam.
    Lelaki berambut panjang berusia 33 tahun itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 1.45 pagi dipercayai akibat kelaparan, bagaimanapun tiada ahli keluarga ketika itu kerana berada di rumah saudara mereka.

    Difahamkan, tindakan suspek membuka lampu rumah dan menonton televisyen disedari beberapa jiran dan adik iparnya, Mohd Nazrin Zainol, 32, yang membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamid, berkata ketika diserbu suspek tidak berbaju dan berseluar panjang tergamam dengan kehadiran anggota polis serta tidak sempat melarikan diri. “Ketika ditangkap, dia tidak bersenjata dan berehat sambil menonton televisyen di rumahnya. Ketika itu, dia terkejut mendapati anggota kami memasuki rumah berkenaan dan cuba melawan, namun gagal melepaskan diri. “Sebelum itu, kami mengepung rumah berkenaan bagi mengelak mangsa meloloskan diri. Apabila mendapati pintu rumah itu tidak berkunci salah seorang anggota menghendap mangsa dan menyerbunya pada masa sesuai,” katanya.


    Ku Yaacob berkata, polis juga tidak menemui parang digunakan dalam kejadian dan ketika ditanya mengenai senjata itu, suspek hanya mengatakan dia tidak tahu.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 20 Ogos depan bagi membantu siasatan.


    Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam Khamis lalu, suspek menetak bapa kandungnya hingga mati selain mencederakan ibunya dengan parang selepas ditegur ketika keluarga berkenaan menunggu berbuka puasa.



    Dalam kejadian itu, bapa suspek, Saman Siron, 65, ditetak di kepala, kedua-dua belah tangan serta putus kaki pada buku lali kanan manakala ibunya, Hasnah Abdul Majid, 51, cedera di belakang kepala.

    minum air mayat


    Minum air mayat
    KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
    Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
    “Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

    “Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.



    “Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.


    Sunday, August 14, 2011

    kematian wanita jadi misteri

    GUA MUSANG: Penemuan mayat seorang wanita berpakaian lengkap berusia 41 tahun, dipercayai dibunuh sebelum dicampak ke dalam longkang di Kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Lipis, di sini, menimbulkan tanda tanya apabila seluar dalamnya ditemui tersangkut di ranting pokok berhampiran tempat mayatnya ditemui, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mayat Zainab Che Kob, 41, dari Kampung Tanah Puteh, di sini, ditemui suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30, selepas 13 jam mangsa menghilangkan diri.

    Ibu kepada 12 anak itu dikatakan keluar dari rumah dengan berjalan kaki seorang diri sejak jam 8 malam, Khamis lalu selepas dikatakan merajuk kerana suaminya tidak memberinya wang RM100 seperti diminta.
    Menurut Khiri Zam, dia mencari isterinya sejak Khamis lalu tetapi gagal sebelum mencarinya semula awal pagi kelmarin di sekitar kampung dan bandar Gua Musang.

    Katanya, ketika menunggang motosikal, dia ternampak selipar dipakai isterinya di tepi jalan dan memberhentikan motosikal.

    “Saya tidak sedap hati apabila menemui selipar dipakai arwah di tepi jalan. Saya terus mencarinya dan menemui mayatnya terbujur di dalam longkang dengan kesan kecederaan di belakang kepala.

    “Saya baru mendirikan rumah tangga dengan arwah sejak April lalu dan tiga daripada 12 anak arwah hasil perkahwinan dengan suami dulu juga tinggal bersama saya, manakala yang lain tinggal di tempat lain. Tak sangka kami terpisah buat selama-lamanya,” katanya.

    Khiri Zam mengakui arwah berperangai pelik sejak pagi Khamis lalu apabila berpuasa separuh hari saja sebelum merajuk dan keluar dari rumah, jam 8 malam tanpa memberitahu arah tujuannya.
    Katanya, sebelum keluar rumah, arwah meminta wang RM100 dan dia menghulurkan RM50, tetapi isterinya enggan menerimanya dan terus keluar rumah dengan berjalan kaki seorang diri.

    “Saya hanya bekerja sebagai buruh membina rumah di Kampung Pulai. Ketika arwah meminta RM100, saya hanya ada RM50 yang diberi majikan untuk membeli barang keperluan.

    “Dia (arwah) kerap merajuk dan keluar dari rumah tetapi pulang semula beberapa jam selepas itu, namun kali ini arwah terus pergi buat selama-lamanya,” katanya.

    Menurut Khiri Zam, penemuan seluar dalam isterinya yang disangkut di kawasan berhampiran, menimbulkan tanda tanya, namun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

    Anak mangsa, Mohd Hazizi Razali, 24, pula berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ibunya ditemui mati di dalam longkang.

    “Saya menemui ibu petang Khamis lalu, tetapi saya lihat keadaan dia biasa saja.

    “Tiba-tiba, pagi ini (kelmarin) saya menerima panggilan telefon daripada seorang adik memaklumkan kejadian menimpa ibu sebelum bergegas ke tempat kejadian.

    “Saya hanya mampu menangis apabila melihat mayat ibu terbujur kaku di dalam longkang,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

    Katanya, mangsa dipercayai dibunuh dan polis menahan dua lelaki yang ada kaitan dengan keluarga mangsa untuk membantu siasatan.