Followers

iklan iklan iklan!!!

leve your blog here

Friday, September 23, 2011

tanda-tanda lelaki jatuh cinta


Anda sepatutnya mampu untuk mengesan sekiranya seseorang lelaki jatuh cinta dengan sedikit pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka. Ia kerana mereka akan meninggalkan tanda yang ketara untuk meluahkan perasaan merekawalaupun tanpa kata-kata. Antara tanda-tanda sekiranya lelaki jatuh cinta ialah……..
(1) Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)
(2) Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)
(3) Mereka pertahankan anda daripada orang lain.
(4) Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.
(5) Mereka merenung anda secara sembunyi.
(6) Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.
(7) Mereka gemar untuk menyebut nama anda.
(8) Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.
(9) Mereka akan mengajak anda keluar.
(10) Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.
(11) Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.
(12) Mereka akan memuji penampilan anda.
(13) Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.
(14) Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.
(15) Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.
(16) Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.
(17) Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.
(18) Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.
(19) Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.

dikurung dan di gari kesiannyee...

Tidur atas najis
KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis.
Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.
Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.


Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.

Wednesday, September 14, 2011

design terbaru nokia N9....hanpone impian

NOKIA Malaysia (Nokia) memperkenalkan satu lagi inovasi penciptaan telefon bimbit pintarnya iaitu Nokia N9 yang dilengkapi skrin peka sentuhan dan reka bentuk lebih bergaya dengan pilihan tiga warna (hitam, biru muda dan magenta).
Ketua Pemasaran Singapura, Malaysia dan Brunei Nokia, Antony Wilson berkata, produk itu bakal menjengah pasaran Malaysia mulai Oktober dengan harga antara RM1,799 hingga RM2,088 mengikut model.


“Nokia N9 yang boleh membuat berbilang tugas pada satu masa sesuai bagi mereka yang sibuk dan memerlukan kepantasan semasa mengakses produk ini. Selain itu, ia juga mempunyai gaya yang lebih berani dengan penampilan dua warna cerah untuk kelihatan lebih bergaya.
“Pengguna masih boleh mengakses skrin utama mereka ketika mendengar muzik atau menonton video apabila mereka hanya perlu meleretkan paparan video tanpa perlu menutupnya,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di Kuala Lumpur.

Katanya, Nokia N9 dilengkapi skrin Amoled 3.9 inci tahan calar dan kerangka polikarbonat mampu memberikan prestasi antena yang optimum, sekali gus menghasilkan resepsi yang lebih baik untuk kualiti suara. “Produk baru ini turut dilengkapi kamera lapan megapiksel, lensa Carl Zeiss, sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan, berdimensi 116.45 x 61.2 x 7.6-12.1 milimeter, serta berat hanya 135 gram,” katanya.