Followers

iklan iklan iklan!!!

leve your blog here

Saturday, November 26, 2011

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun
doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, November 25, 2011

4 kekurangan wanita yg disukai lelaki...


Setiap wanita didunia ini amat sukakan kecantikan. Apabila mereka merasakan bahawa mereka tidak cantik, pasti keyakinan diri mereka akan berkurang. Tetapi, ramai wanita yang tidak sedar bahawa ketidaksempurnaan mereka akan membuatkan mereka unik dan akan menjadi tarikan lelaki. Seharusnya, wanita tidak harus berasa rendah diri dengan ketidaksempurnaan yang mereka miliki. Ia adalah kerana ketidaksempurnaan mereka adalah perkara yang disukai lelaki.
(1) Berbadan gempal- Kebiasaannya wanita yang berbadan gempal ini akan kurang keyakinan diri. Mereka akan merasakan disebabkan faktor fizikal mereka yang kurang menarik akan menyebabkan mereka tidak disukai lelaki. Tetapi tahukah anda bahawa sebahagian besar lelaki lebih cenderung untuk memilih wanita yang berbadan gempal berbanding daripada yang berbadan kurus. Ini adalah kerana terdapat ramai lelaki yang sememangnya gemar terhadap wanita yang berbadan gempal dan ia merupakan tarikan utama untuk mereka.
(2) Payudara kecil- Adalah suatu perkara yang agak mustahil sekiranya dinyatakan lelaki tidak suka melihat payudara yang besar. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kebanyakan lelaki asia terutamanya, tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Mereka tidak kisah akan saiz payudara pasangan mereka. Selain daripada itu, ada juga sebahagian lelaki menyatakan wanita yang mempunyai payudara yang kecil adalah ciri wanita yang disukai mereka.
(3) Gigi jarang dihadapan- Gigi adalah merupakan aset penting untuk mencantikkan senyuman seseorang. Senyuman yang cantik pula adalah perkara yang sangat penting untuk wanita kerana ia merupakan tarikan utama terhadap mereka. Wanita yang mempunyai gigi jarang dihadapan juga perlu yakin dengan senyuman mereka. Ini kerana gigi anda yang jarang adalah perkara yang disukai lelaki. Bukan semua lelaki sukakan kesempurnaan. Ada juga lelaki yang memegang prinsip bahawa sekiranya fizikal seseorang wanita itu sempurna, ia bermakna tiada keunikan yang membuatkan mereka tertarik kepadanya.
(4) Tahi lalat dibahagian muka- Adakah benar tahi lalat di bahagian muka akan memburukkan lagi wajah anda? Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Keunikan pada anda adalah perkara yang disukai lelaki. Tidak perlu anda berusaha untuk menjalani proses pembuangan tahi lalat kerana ia adalah merupakan tarikan dan identiti utama untuk diri anda. Tiada alasan mengapa anda perlu membuangnya. ye dok..hehehehe anyone comment